top of page

PACKING, MOVING & SHIPPING - GOVERNMENT SERVANTS

Pemindahan barang-barang rumah dan kenderaan kakitangan kerajaan antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Luar Negara

  1. MDM akan dapatkan maklumat peribadi (Nama Penuh, Jabatan/Kementerian/PTJ, alamat kediaman sekarang, alamat destinasi, maklumat keluarga) untuk dikira kelayakan M3 dan penyediaan sebutharga kepada jabatan.

  2. Setelah MDM mendapat kelulusan daripada jabatan berkenaan (LO, Online LO, LPO, Surat Pelantikan), tarikh pembungkusan dan angkut barang akan dibincang dengan pelanggan dan dokumen-dokumen yang perlu disediakan untuk urusan kastam.

  3. MDM akan datang dengan kenderaan bersesuaian (Lori / Van / Pickup) beserta pekerja dan bahan-bahan pembungkusan.

  4. Selesai proses pembungkusan, satu set Packing List (Senarai barang pelanggan) akan diberikan. Satu Set Check List Kenderaan (semakan keadaan kereta secara fizikal) akan diberikan. Nombor barangan akan dilekatkan pada setiap barang beserta nama pemilik dan destinasi berkenaan.

  5. Barang-barang dan kenderaan akan dibawa ke warehouse/gudang MDM sebelum dimuatkan ke kontena/kapal dan dihantar ke pelabuhan untuk pelayaran ke destinasi.

  6. Setibanya kapal/kontena di destinasi, dokumentasi akan di periksa oleh kastam sebelum barang-barang/kontena/kenderaan boleh di bawa keluar dari pelabuhan.

  7. MDM akan hubungi pelanggan untuk tetapkan tarikh yang bersesuaian untuk penghantaran barang & kenderaan ke alamat kediaman baru di destinasi.

  8. Pelanggan boleh semak semula senarai/bilangan barang yang diterima sama seperti di tempat asal. Pelanggan akan tandatangani DELIVERY ORDER "DO" bagi mengesahkan barang dan kenderaan telah diterima.

  9. Sekiranya ada kerosakan/kehilangan barang/kenderaan boleh laporkan terus dengan cawangan/salesperson yang menguruskan di tempat asal.  (Dalam masa 3 hari daripada tarikh terima barang)
    *Senaraikan nombor item yang rosak/hilang, gambar kerosakan, nilai anggaran gantirugi/membaiki, resit pembelian jika ada.

FAQ - FREQUENTLY ASKED QUESTIONS

Soalan Kerap Ditanya

Cargo Shipping Containers

APA DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MENGHANTAR BARANG DAN KENDERAAN DARI KUCHING, SARAWAK KE SEMENANJUNG?

Barang-barang peribadi:

1) Salinan IC atau Passport Pemilik


Kenderaan:

1) Salinan IC atau Passport Pemilik Kenderaan (sama seperti dalam geran)

2) Surat Kebenaran Bank (sekiranya masih berhutang dengan bank)

3) Geran Kenderaan atau Salinan Geran (salinan disahkan benar oleh JPJ)

4) Salinan dokumen Pindah Hak Milik (sekiranya hutang bank telah dilangsaikan)

Container Ship

SAYA TIDAK MAHU SERAHKAN GERAN ORIGINAL, NANTI KERETA SAYA BOLEH DIPINDAHKAN HAK MILIK TANPA KEBENARAN. BAGAIMANA?

Pemilik berdaftar(penjual) dan pemunya baharu(pembeli) bagi kenderaan persendirian individu hendaklah hadir sendiri bagi urusan pengesahan cap jari secara biometrik (diambil dari laman web www.jpj.gov.my)

Geran diperlukan kami bagi membuktikan kepada kastam bahawa kenderaan mendapat kebenaran/tidak diseludup.

Ataupun sediakan salinan geran yang disahkan oleh JPJ.

Container Ship

SAYA PERLU LAPOR DIRI DI PUTRAJAYA DAHULU, BARU AKAN TAHU NEGERI MANA SAYA AKAN BERTUGAS. BAGAIMANA DENGAN BARANG-BARANG SAYA?

Sila maklumkan terlebih dahulu kepada salesperson sebarang keperluan atau aturcara tambahan supaya penghantaran dapat disesuaikan dengan masa dan destinasi baru.

Shipping Containers

BOLEH TAK SAYA NAK HANTARKAN KERETA DAHULU KE TAWAU, SABAH. BARANG-BARANG RUMAH BILA CUTI SEKOLAH NANTI?

Boleh, kami akan cuba sedaya upaya untuk sesuaikan servis kami dengan keperluan pelanggan.

Packaging Factory

SAYA BELUM DAPAT RUMAH LAGI DI DESTINASI NANTI, BOLEH TAK TANGGUHKAN PENGHANTARAN BARANG SAYA?

Kami tidak galakkan untuk menangguhkan penghantaran barang terlalu lama, walaubagaimana pun sila berbincang dengan sales person sebelum aturcara pembungkusan/angkut barang.

Cargo Ship

BIASANYA BERAPA LAMA AMBIL MASA UNTUK BARANG-BARANG DAN KENDERAAN SAYA SAMPAI DI DESTINASI?

MDM cuba untuk menghantar barang-barang dan kenderaan sesegera yang boleh. Kebiasaannya (pintu ke pintu):
1) Semenanjung ke Kota Kinabalu / Kuching (atau sebaliknya) : 14- 21 hari
2) Semenanjung ke Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Miri, Sibu, Bintulu  (atau sebaliknya) : 21-30 hari
* bergantung kepada jadual dan ruangan atas kapal, musim cuti perayaan dan dokumen yang lengkap.

Cargo Container

BOLEH TAK SEDIAKAN INVOICE DAN RESIT UNTUK SAYA CLAIM SENDIRI KEPADA JABATAN?

Boleh :-)

Loading Cargo

ADAKAH MDM CAJ GST ATAUPUN SST ?

Mulai 1 Jun 2018, kami tidak lagi mengecaj GST.

Berkenaan SST belum ada lagi arahan dari kerajaan berkenaan cukai tersebut.

Cargo Shipping Containers

SAYA ADA BEBERAPA SOALAN LAIN BERKENAAN SEBUTHARGA DAN ATURCARA PEMINDAHAN, DENGAN SIAPA BOLEH SAYA BERTANYA LEBIH LANJUT?

Kota Kinabalu, Sabah : 088 495 423

KL/Selangor/Semenanjung : 03 7845 1423

Tawau, Sabah : 089 762 423

Sandakan, Sabah : 089 215 458

Shipping Containers

PERLU PUSPAKOM UNTUK HANTAR KERETA KE SABAH/SARAWAK?

Tidak perlu

Cargo unloaded from container
Container Send to Warehouse by Side Loader
Container Send to Warehouse by Side Loader
2017-11-29 010.JPG
Vehicle kept in warehouse before shipping/delivery
Cargo kept in warehouse before delivery/shipping
Vehicle Secured in container for shipping
Vehicle loaded to container for shipping
bottom of page